Salahuddin Yusuf Al-Ayyubi atau lebih dikenali sebagai Salahuddin Al-Ayyubi merupakan pemerintah agung yang berjaya menguasai Mesir dan menentang tentera salib. Beliau dilahirkan pada 1138M di Tikrit , Iraq. Beliau menerima pendidikan pertama daripada ayahnya sendiri yang namanya cukup tersohor, iaitu Najmuddin Al-Ayyubi. Di samping itu, sikap berani dan gagah yang telah ditunjukkan oleh Asaduddin Al-Ayyubi iaitu bapa saudara beliau, sedikit sebanyak membentuk keperibadian beliau. Najmuddin Al-Ayyubi dan Asaduddin Al-Ayyubi merupakan pembantu Raja Syria iaitu Raja Nuruddin Mahmud.
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera rakyatnya sebaik-baik rakyat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Sorotan sejarah menghamparkan para pejuang yang tidak gentar menghadapi musuh Allah. Pejuang yang sedar akan keislamannya dan kesaksian syahadah yang agung dalam mempertahan dan mendaulatkan Islam sehingga Islam itu mampu tertegak di bumi Allah dengan makmur akan terus berusaha untuk menyebar luas agama Allah serta memakmurkan bumi dengan syariat Islam yang mulia.
|
AuthorUnit Media Archives
May 2016
Categories
All
|