Bahkan, yang lebih mengujakan bagi seluruh rakyat Malaysia adalah pada keterlibatan salah seorang anak muda Malaysia iaitu saudari Hafizah Noor Isa, pelajar PhD di Glasgow University yang terlibat sama dengan sekumpulan sainstis yang lain dalam penemuan bersejarah dunia sains itu.
Tahniah dan syabas kita ucapkan atas kejayaan beliau ini yang ternyata membuktikan bahawa rakyat Malaysia sememangnya mampu untuk menyumbang bakti dalam dunia sains. Pada masa yang sama, beliau juga membuktikan kepada dunia akan kemampuan seorang wanita Muslim untuk bersaing dalam arena antarabangsa dengan berbekalkan ilmu dan kepakaran yang ada. Sudah tentu, kejayaan beliau ini harus menjadi satu inspirasi dan motivasi terutamanya kepada seluruh mahasiswa-mahasiswi di seluruh negara. Semoga dengan kejayaan penglibatan beliau di dalam penemuan saintifik ini memberi motivasi dan semangat kepada kita semua bahawa rakyat Malaysia juga mampu untuk memberikan sesuatu di persada antarabangsa asalkan bersungguh-sungguh dan memberikan yang terbaik dalam bidang pengajian masing-masing dan pada yang sama mampu mengekalkan jati diri sebagai seorang Muslim dan rakyat Malaysia dengan baik. Sesungguhnya, kejayaan tidak akan dapat dikecapi tanpa susah payah dan jerih perih untuk mencapainya. Kita perlukan lebih ramai lagi Hafizah daripada kalangan mahasiswa/i selepas ini demi memacu Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan. Syabas sekali lagi kepada saudari Hafizah Noor Isa. Malaysia pasti akan berbangga dengan anak muda seperti mu. Ahmad Fitri bin Ahmad Daud Ketua Pakej Rekreasi PEMBINA UM Comments are closed.
|
AuthorUnit Media Archives
May 2016
Categories
All
|