Wadah Generasi BaruPersatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) adalah persatuan belia kebangsaan yang ditubuhkan pada September 2006. PEMBINA berdaftar di bawah Pendaftar Persatuan Belia dibawah Kementerian Belia dan Sukan dengan nombor pendaftaran PPBM 2111/09. PEMBINA telah mempunyai 17 cawangan yang aktif di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Matlamat PenubuhanMatlamat utama penubuhan PEMBINA adalah untuk menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran negara, melalui usaha berterusan dalam membangun syakhsiah dan jatidiri belia, serta gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivisme belia, khususnya dikalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.
|
Cabaran Penyeliaan Generasi BaruPEMBINA optimis bahawa golongan belia Islam di Malaysia secara umumnya memiliki potensi untuk menjadi bangsa yang hebat, walaupun sering dikaitkan dengan masalah-masalah sosial dan krisis identiti. Apa yang perlu dilakukan adalah kembali menghayati Islam sebagai cara hidup, memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, serta bersungguh-sungguh malaksanakan Islam dalam kehidupan. Inilah mesej yang ingin dibawa oleh PEMBINA kepada masyarakat.
|
Objektif
- Membangunkan potensi belia/beliawanis yang cinta dan bertanggungjawab kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
- Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kemahiran belia/beliawanis agar dapat menyumbang secara positif kepada kemakmuran negara.
- Menggilap kualiti kepemimpinan, disiplin, amanah dan kendiri dikalangan belia/beliawanis.
- Memupuk jiwa yang merdeka, bermotivasi tinggi, dedikasi, progresif dan dinamik.
- Melahirkan belia/beliawanis yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, spiritual dan mental.
- Menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman dan kerjasama erat dikalangan ahli.
- Menggerakkan belia/beliawanis untuk membangun diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara