Salahuddin Yusuf Al-Ayyubi atau lebih dikenali sebagai Salahuddin Al-Ayyubi merupakan pemerintah agung yang berjaya menguasai Mesir dan menentang tentera salib. Beliau dilahirkan pada 1138M di Tikrit , Iraq. Beliau menerima pendidikan pertama daripada ayahnya sendiri yang namanya cukup tersohor, iaitu Najmuddin Al-Ayyubi. Di samping itu, sikap berani dan gagah yang telah ditunjukkan oleh Asaduddin Al-Ayyubi iaitu bapa saudara beliau, sedikit sebanyak membentuk keperibadian beliau. Najmuddin Al-Ayyubi dan Asaduddin Al-Ayyubi merupakan pembantu Raja Syria iaitu Raja Nuruddin Mahmud.
|
AuthorUnit Media Archives
May 2016
Categories
All
|