Legasi kegemilangan islam ini terus diwarisi pada zaman Kerajaan Umayyah, Kerajaan Abbasiah dan sehinggalah kejatuhan kerajaan islam terakhir, iaitu Kerajaan Turki Uthmaniah pada 3 Mac 1924.
Detik bersejarah itu merupakan titik tolak terhapusnya sebuah empayar islam yang diwarisi semenjak zaman pemerintahan Rasulullah SAW lagi. Kejatuhan empayar-empayar islam ini dirancang dengan penuh teliti oleh pihak musuh yang mahukan islam terhapus di atas muka bumi Malah, perancangan musuh-musuh islam ini turut menjadikan bumi Mesir sebagai medan percaturan hitam mereka. Selepas Perang Dunia Pertama, fahaman-fahaman Sekularisma bawaan Mustafa Kamal Attartuk mula meresapi masyarakat muslim di Mesir, malah nilai-nilai islam juga semakin hari semakin terhapus dek kerana percaturan barat yang memusuhi islam. Menyedari akan fenomena yang menggugat akidah ummat ini, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna bersama rakan-rakan seperjuangannya telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Jemaah Ikhwanul Muslimin bagi mengajak umat manusia kembali menghayati islam dengan sebenar-benar makna. Ikhwanul Muslimin pada fasa awal penubuhannya bergerak secara bawah tanah dalam menyebarkan dakwah islamiah. Bermula dengan pembinaan individu muslim, sehinggalah kepada menegakkan semula daulah islamiah dan akhirnya menjadikan islam itu sebagai ustaziatul alam. Penubuhan Ikhwanul Muslimin ini sememangnya menggugat pergerakan musuh-musuh islam, lantas pelbagai usaha dilakukan oleh musuh untuk menghancurkan Jemaah Ikhwanul Muslimin ini seperti mengharamkan gerakan tersebut, membunuh Mursyidul Am yang pertama yakni As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, dan lain-lain. Namun perjuangan menegakkan islam itu tetap diteruskan oleh sahabat-sahabat seperjuangan beliau seperti Hassan Al-Hudaibi, Dr. Abdul Kadir Audah, Syeikh Muhammad Faraghly, Syed Qutb dan ramai lagi pimpinan-pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain. Pengajaran terbesar yang dapat kita ambil daripada sejarah penubuhan Ikhwanul Muslimin ini ialah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menegakkan semula syiar islam di atas muka bumi ini sebagai penyambung rantaian dakwah Rasulullah SAW. Allah SWT matlamat kami, Rasulullah SAW ikutan kami, Al-Quran panduan kami, syahid di jalan Allah SWT cita-cita tertinggi kami! Ketika Imam Hassan Al-Banna menyatakan kepada sahabat-sahabat beliau berkenaan penubuhan Jemaah tersebut, maka seorang sahabat bertanya; “Siapa kita?, kemudian As-Syahid Imam Hassan Al-Banna menjawab; “Kita, adalah Ikhwanul Muslimin!” Amirul Eqhwan bin Rahim Timbalan Presiden PEMBINA UM Comments are closed.
|
AuthorUnit Media Archives
May 2016
Categories
All
|