Bagaimana kedua ibu bapa Hassan Al-Banna mendidik beliau dari kecil sehingga menjadi tokoh hebat dan terdirinya Ikhwanul Muslimin sehingga kini. Didikan yang hebat mampu menjadikan Hassan Al-Banna seorang al-hafiz pada umur 14 tahun. Pengajaran yang telah lama terhampar ini sepatutnya diambil iktibar oleh ibu bapa sekarang dalam mendidik anak-anak di zaman penuh cabaran ini. Keadaan media sosial dan hiburan yang penuh hedonisme sewajarnya mendatangkan kerisauan kepada ibu bapa dan seterusnya mengambil langkah yang tepat.
Imam Hassan Al-Banna merupakan seorang ketua yang bijak mengatur strategi dalam mencorakkan dakwah dan melebarkan sayap Islam ke seantero dunia. Beliau tidak mengenal erti lelah dan senantiasa meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah S.W.T. Umat Islam sepatutnya memperluas dakwah tanpa jemu dan mempelbagaikan bentuk dakwah di dalam cabaran dunia sekarang. Istilah penat itu sepatutnya tidak wujud dalam kamus pendakwah jika jelas apa yang dituju dan dibawa dalam dakwah itu sendiri. Islam mengajar pelbagai cara dan gaya untuk berdakwah dan menangani ujian yang dihadapi. Dalam pesanan yang ditinggalkan oleh Imam Hassan Al-Banna itu sendiri mendatangkan variasi ibrah buat semua umat Islam seluruh dunia. ‘Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.’ Solat itu merupakan tiang agama. Umat Islam kini sering mengabaikan isu solat ini malah seperti tidak ambil peduli jika tidak mendirikan tiang agama ini. Solat lah yang mampu menjadi pelindung dan pencegah kepada kemaksiatan. Andai kemaksiatan masih dilakukan, maka solatlah yang perlu diperbaiki. Betapa pentingnya kewajipan solat ini apabila solat ini perkara pertama yang akan dihisab sewaktu di padang mahsyar kelak. “Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim sejati adalah laksana ‘kitab terbuka’ yang semua orang membacanya. Ke mana saja ia pergi, ia adalah ‘dakwah yang bergerak”. Ilmu itu amat penting bagi umat Islam agar kita tidak mudah ditipu dan mampu menjadi rujukan kepada sahabat di sisi. Islam itu sendiri sangat mementingkan ilmu kerana melalui ilmu itu darjat seorang umat Islam lebih mulia dan dihormati. Ilmu Allah sangatlah luas dan sudah pasti ibrahnya terlalu banyak bagi individu itu sendiri. Nur Hidayah Binti Isnin Penolong Pakej Kepimpinan PEMBINA UM Comments are closed.
|
AuthorUnit Media Archives
May 2016
Categories
All
|