Saya juga sudah tentu pernah merasai pengalaman itu. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Bagi yang keputusan peperisaan nya tidak seperti yang diharapkan, saya akui yang sudah tentu hati kecil kita paling kurang akan bersedih walau sedikit. Perancangan asal kita terpaksa berubah dan disesuaikan dengan keputusan peperiksaan yang diperolehi. Jika sebelum ini berimpian untuk sambung pelajaran ke luar negara, impian itu harus ditangguhkan. Jika sebelum ini bercita-cita dapat memperoleh biasiswa daripada mana-mana syarikat GLC, cita-cita itu terpaksa dipendam dahulu buat beberapa ketika. Ya, kita mungkin termenung panjang seketika memikirkan impian yang tidak kesampaian ini.
Namun, sebagaimana masa yang berubah, fikiran kita juga semakin berubah. Akhirnya kita sedar yang perjalanan menuntut ilmu ini masih luas dan panjang dan kita baru sahaja melangkah setapak dalam pengembaraaan ini. SPM hanya lah salah satu daripada persinggahan kita dalam kehidupan ini. Ianya adalah sebuah perjalanan, bukanlah destinasi terakhir. Tidak perlu bersedih hati dan melayan perasaan tanpa berbuat apa-apa. Kerana ianya adalah suatu takdir dan ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah. Jangan biarkan SPM membataskan potensi kita semua. Jangan lah diukur kemampuan kita hanya berdasarkan keputusan peperiksaan SPM itu sahaja. Sistem tersebut sudah pasti tidak mampu menampung kecerdikan dan kepandaian manusia yang berbeza-beza ini. Bukankah kita semua ini istimewa ? Teruskan lah maju jaya ke fasa seterusnya dalam kehidupan ini. Senyum dan jalan terus sahaja ya. Bergerak lah ke hadapan dengan penuh gagah kerana pada waktu ini, kalian punyai potensi yang sangat besar untuk dimanfaatkan. Usia yang muda, semangat yang membara, dan kekuatan akal dan fizikal adalah aset yang sangat berharga. Kekal kan keghairahan dan semangat kalian untuk menuntut ilmu. Matangkan minda dan akal fikiran dengan membaca buku yang bagus. Ingat, bangsa yang membaca adalah bangsa yang berjaya. Bagi yang masih jarang membaca, ayuhlah kita sama-sama berusaha membudayakan amalan membaca dalam kehidupan. Percayalah, membaca banyak manfaatnya. Jangan disibukkan dengan isu-isu remeh yang mendapat tempat di media sosial itu. Pada masa yang sama, ingatlah bahawasanya perjalanan kita dalam mencari identiti dan jati diri pada fasa seterusnya nanti akan menjadi lebih mencabar dan penuh dengan ujian. Usahakan untuk berdamping dengan sahabat-sahabat yang soleh, cari suasana yang dapat membantu kita membangunkan diri agar selari dengan tuntutan Islam dan peliharalah akhlak dalam perbuatan serta pada lisan kita. Biarpun dalam proses pencarian dan pembentukan jati diri ini sering menuntut kesungguhan, kesabaran, tekad, dan linangan air mata daripada kita namun ianya cukup bermakna dalam mencari agenda dalam kehidupan di dunia ini. Agenda sebagai seorang hamba kepada Yang Maha Berkuasa. Teruskan maju jaya kerana perjalanan masih jauh. Kita mohon keredhaan Allah dalam setiap langkah kita. Ahmad Fitri bin Ahmad Daud Aktivis Persatuan Belia Islam Nasional Universiti Malaya SPM 2011, Aliran sains teknikal Comments are closed.
|
AuthorUnit Media Archives
May 2016
Categories
All
|