Saya kategorikan mereka sebagai sesumpah jahiliyah yang sentiasa merubah mengikut situasi semasa. Pada hakikatnya mereka adalah sama tetapi menggunakan topeng dan pendekatan yang berlainan. Ketahuilah bahawa musuh Allah tidak sekali-kali berhenti memusuhi umat Islam sehingga Islam itu berjaya dihapuskan.
Lihat sahaja bagaimana muslim dipermainkan dengan teori revolusi sebagaimana yang berlaku di negara Timur Tengah. Hakikatnya mereka cuba melaga-lagakan umat Islam dan memecah belahkan mereka sehingga menjadi lemah. Akhirnya membuka peluang untuk musuh Islam masuk dan 'memerintah'. Sejarah ini berulang tanpa kita sedari. Sedarkah kita suatu ketika dahulu Sir Mark Sykes, seorang diplomat British telah mencetuskan idea "Arab Revolt‟ bagi memisahkan umat Islam dari Khilafah „Uthmaniyah seterusnya memecah-belahkan umat Islam melalui dasar ‘Divide and rule’ (Pecah dan perintah). Beliau bahkan telah mencipta satu bendera bagi Kebangkitan Arab ini bagi menentang Khilafah. Bendera tersebut telah menjadi asas kepada bendera rasmi negara Arab termasuk Mesir, Syria, Palestin, Sudan, Kuwait, Jordan, Iraq, Emirates, Yaman, Somalia, Republik Arab Sahrawi dan Libya. Suatu ikatan yang selama ini menyatukan umat Islam telah dijadikan senjata oleh musuh bagi memisahkan mereka dari Khilafah yang menaungi. Hakikatnya Malaysia tidak sunyi daripada menjadi sebahagian perancangan dalam papan catur musuh. Lihatlah bagaimana parti politik berteraskan Islam dipisah-pisahkan atas dasar kefahaman politik sehingga isu akidah yang seharusnya menyatukan umat Islam tidak lagi menjadi agenda mereka. Ini membuka ruang kepada evangelist (gerakan Kristianisasi liberal antarabangsa) untuk menjalankan perancangan mereka secara tersusun untuk menjatuhkan satu demi satu kredibiliti badan berautoriti umat Islam sehingga akhirnya tiada apa lagi yang boleh dipertahankan oleh kita. Puak-puak liberal yang bersikap optimis pula sentiasa mengambil kesempatan dengan kewujudan evangelist dan Syiah yang kedua-duanya disokong kuat oleh Amerika, untuk melemahkan institusi agama dengan memberi penafsiran yang pelbagai dan menggunakan terma-terma pelik dalam memanipulasi fahaman Islam contohnya memanipulasi maksud istilah 'maqasid syara‟'. Kini mereka menukar wajah sesumpah mereka menjadi golongan intelek pencerahan yang mendefinisikan semula mafhum agama melalui tafsiran akal mereka sendiri, kononnya inilah „maqasid‟ syara‟ walaupun metodologinya jauh berbeza daripada ketetapan syara‟. Memisahkan juzuk-juzuk syariat Islam atas nama maqasid telah menjadi senjata mengelirukan umat. Maka lahirlah istilah-istilah pelik yang cuba mengaburi mata masyarakat yang baru ingin memahami Islam sehingga mereka berani untuk mempertikaikan institusi-institusi agama dan Sultan demi melihatkan bahawa Islam itu lebih „progresif‟ dan memenuhi tuntutan kehendak manusia. Hakikatnya mereka hanya mendahulukan akal berbanding wahyu dan mengikut hawa nafsu dalam menafsirkan agama supaya masyarakat keliru dan menjauhi agama yang sebenar. Dalam masa yang sama mereka melabel gerakan Islam yang tulen sebagai literalis, fundamentalis dan rigid agama. Kita bukannya menghalang sebarang ijtihad tetapi biarlah ia dibuat dalam kerangka usul fiqh yang sebenar. Comments are closed.
|
AuthorUnit Media Archives
May 2016
Categories
All
|