Bila masuk UM (September 2012), memang dalam kepala memang akan bantu gerakkan PEMBINA di sini, tetapi saya masih longgar dan bebas bantu rakan atau persatuan lain berprogram.
Tetapi, kerja asasi seorang da'ie sudah saya mula lakukan sejak langkah pertama saya ke UM lagi. Ajak rakan-rakan rapat dan yang sudah saya kenali sebelum masuk UM untuk join usrah PEMBINA. Tetapi hasil usaha saya tidaklah memberangsangkan. Saya sedar satu benda akan hakikat tugas kita sebagai seorang pendakwah, ada disebut dalam Bab 15 Al-Muntolaq, bahawa kerja kita sebagai seorang da'ie ini hanyalah berusaha sehabis baik untuk melaksanakan kerja2 dakwah, dan hasil kerja Allah Taala yang bagi. So, kegagalan kita dalam sebuah usaha dakwah tidak usah dikecewakan, kerana Allah dah ganjarkan kita seperti yang dijanjikan. So proceed dengan kerja kau Rais. Jangan nak sedih-sedih kecewa bagai. Setelah beberapa bulan dan setahun berlalu, satu perkara penting yang saya belajar dengan PEMBINA adalah pengalaman dan skill mengurus manusia, iaitu pada saya memang berharga. Memang mustahil gerak kerja kita akan berjalan lancar jika asas gerakannya hanyalah teori dan cubaan semata-mata. Akhirnya kita perlukan skill mengurus manusia dengan baik untuk capai objektif kita. Atau dalam erti kata lain pengurusan 'human resource' (sumber manusia). Kata seorang ikhwah yang pengalaman dalam medan dakwah, tanzim kalau nak survive dan stabil, human resource kena ada dan kuat. Maka berjuanglah aku dengan bos aku yang dulu smpai skrg, akh hebat Jali nama dia, setahun dua nak settlekan human resource. Dari meeting dengan akhawat kami berdua je datang vs akhawat datang sampai 8 - 10 org, sampailah 'balance sikit' (ok la). Episod-episod mengejar ikhwah, memujuk, merancang program dalaman untuk menghidupkan ikhwah, pakat untuk sewa rumah sekali, mendiagnose karakter-karakter ikhwah ha itu adalah memori yang berbaloi untuk diingati. Banyak benda aku blaja dari pengalaman tersebut dan bos aku selamanya tu. Satu benda yang saya nak ajak kita pegang adalah untuk menyedari bahawa teramatlah rugi jika kita mensia siakan usaha usaha mereka yang sebelum kita, mengapa tidak kita wariskan dan persiapkan generasi-generasi selepas kita? Moga kita sama - sama meneruskan mata rantai dakwah ini. #SedekadPenuhTekad #SayaDanPEMBINA Rais Abdul Rahman Mantan Pengerusi PEMBINA UM Comments are closed.
|
AuthorUnit Media Archives
May 2016
Categories
All
|