Tambahnya lagi, kerajaan sebelum ini pernah menganjurkan beberapa siri perlumbaan di litar tertutup contohnya seperti di litar Batu 3, Shah Alam. Walaubagaimanapun, sambutan masih lagi tidak menggalakkan dan orang ramai masih lagi memilih untuk berlumba secara haram di jalan raya dan menjadi mat rempit.
Selepas mendengar berita ini, saya pada awal nya merasakan ianya satu langkah yang baik daripada pihak kerajaan. Benar-benar sesuai dengan jiwa anak muda memandangkan saya juga meminati sukan permotoran. Maka dengan cadangan sebegini, saya fikir anak-anak muda Malaysia dapat melepaskan perasaan mereka secara halal di hujung minggu berbanding race secara haram itu. Walaubagaimanapun, setelah berfikir, memahami isu, dan membaca ulasan serta komen daripada sahabat-sahabat dan netizen, akhirnya saya sedar dan faham cadangan ini bukanlah sesuatu yang bernas untuk dilaksanakan. Bahkan, boleh saya katakan ianya hanya lah satu langkah ambil mudah oleh pihak kerajaan sahaja tanpa memikirkan pelbagai aspek lain yang lebih utama iaitu soal keselamatan dan budaya tidak sihat yang boleh timbul hasil daripada pelaksanaan ini. Soal keselamatan adalah antara aspek yang semestinya perlu dititikberatkan melalui cadangan ini. Bukannya soal menghalalkan atau mengharamkan aktiviti lumba motor ini sahaja. Ini kerana soal keselamatan membabitkan ramai pihak. Di sini, saya kongsikan beberapa point menarik daripada sebuah blog permotoran (www.careta.my) mengulas isu dalam sukan permotoran ini yang boleh dijadikan rujukan buat datuk seri.
Bahkan pada saya, perkara mustahak yang mesti diteliti juga adalah pada budaya tidak sihat yang boleh timbul kesan daripada pelaksanaan cadangan ini. Gejala budak-budak bawah umur keluar malam, penyalahgunaan dadah, serta pertandingan judi adalah antara budaya negative yang boleh timbul. Kita kena akui keadaan ini dengan jujur dan sudah pasti ianya adalah suatu perkara yang tidak diinginkan. Beringatlah sebelum kena. Jangan sudah terhantuk baru hendak terngadah. Ambil lah penasihat yang lebih kritikal untuk menasihati datuk seri bagi perkara-perkara seperti ini. Jika tidak, jalan ambil mudah seperti ini hanya mendatangkan kemudaratan yang lebih daripada manfaat yang disangkakan. Saya tidak anti kepada golongan mat motor, sukan permotoran, dan juga usaha untuk mengatasi masalah perlumbaan haram ini. Tetapi apa yang saya harapkan adalah suatu idea yang punyai visi yang lebih baik, jauh ke hadapan, dan holistic agar solusi yang dibawa bukanlah sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Ahmad Fitri bin Ahmad Daud Ketua Pakej Rekreasi, PEMBINA UM Comments are closed.
|
AuthorUnit Media Archives
May 2016
Categories
All
|