Wanita perlu diberikan hak terutamanya dalam kerjaya, pendidikan dan hak bersuara. Wanita pada zaman serba moden ini, mereka perlu mempunyai kerjaya ekoran daripada krisis ekonomi yang semakin mencabar demi menyara diri dan keluarga. Terlalu banyak tanggungjawab yang dipikul oleh seorang wanita. Mereka bergelut dengan kerjaya demi membantu suami menyara keluarga dan dalam masa yang sama turut menjadi seorang suri rumah.
Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tanggungjawab membesarkan anak dengan sepenuhnya. Ibu-ibu yang berkerjaya amat bimbang akan keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di bawah pusat-pusat jagaan. Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya. Maka, seharusnya golongan lelaki menghormati wanita dan begitu juga wanita harus menghormati diri mereka sendiri. Nabi Muhammad merupakan qudwah ikutan terbaik buat kita. Nabi menyuruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan lagi martabat wanita beriman itu sehingga diumpamakan sebagai mutiara yang tidak ternilai harganya. Nabi Muhammad juga melayan isteri-isterinya dengan layanan yang terbaik. Saidatina Aisyah merupakan salah seorang isteri nabi dan baginda mengahwini Aisyah ketika dirinya masih kanak-kanak lagi. Baginda melayan Aishah dengan semurna tanpa mencederakan atau membahayakan keselamatan Aishah. Aishah juga rajin menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau juga termasuk antara golongan perawi yang banyak meriwayatkan hadis. Maka, disini kita dapat lihat bahawa wanita juga berkemampuan untuk menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai serang wanita, kita perlu bersyukur dengan pemberian Allah kerana wanita adalah penyokong kepada lelaki (suami) dalam apa jua keadaan sama ada susah mahupun senang. Wanita juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi meskipun dari segi luarannya lemah. Oleh itu, kita perlu menyayangi ibu, adik beradik perempuan atau ahli keluarga kita yang bergelar wanita. Wahai anak-anak sekalian, tahukah kamu bahawa syurgamu terletak dibawah telapak kaki ibumu? Wajib bagi kamu untuk menghormati ibumu dan menyayangi mereka seperti mereka menyayangi kamu. Humaira Husna Penolong Ketua Pakej Rekreasi PEMBINA UM Comments are closed.
|
AuthorUnit Media Archives
May 2016
Categories
All
|