Dalam era globalisasi, wujudnya gerakan-gerakan yang cuba membawa ideologi ini ke dalam masyarakat khususnya Malaysia dan Indonesia yang mempunyai pelbagai agama. Secara umumnya, pluralisme agama menuntut sikap terbuka, toleran, akomodatif dan inklusif.
Golongan pluralis mendakwa Islam yang ada pada masa kini jumud, tidak progresif dan hanya bersifat ekslusif. Golongan ini lebih mengagungkan kemodenan yang berpacukan kepada kemajuan dengan bersifat keterbukaan. Antara jajaan puak pluralis ialah umat Islam harus bersifat pluralis-inklusif yang mampu berdaya saing setaraf dengan negara maju. Merujuk Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut “Islam adalah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Mahkamah tinggi telah memberikan satu tafsiran yang jelas berkenaan kedududkan Islam di negara ini. Hakim Yang Arif Dato Mohd Noor menegaskan, “Islam ialah ugama bagi persekutuan tapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai. Islam adalah utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara seperti Kristian, Buddha, Hindu. “Islam bukan setaraf dengan ugama lain. Bukan duduk berganding bahu dengan agama lain atau berdiri sama sama tegak. Ia duduk di atas, berjalan di dahulu, terletak di tempat medan, dan suaranya lantang kedengaran. “Islam ibarat pokok jati. Tinggi, teguh, dan terang. Jika bukan demikan, Islam bukanlah agama persekutuan, tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di wilayah ini, dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana ugama yang dianuti. Tiada lebih di antara satu sama lain.” Hal ini jelas menunjukkan kedudukan Islam tidak sama taraf dengan agama lain. Pluralisme agama bukan sahaja bercanggah dengan syariat Islam, tetapi bercanggah dengan undang-undang Malaysia. Islam tidak sekali menolak kemajuan, tetapi haruslah berlandaskan syariat Islam. Ulama menjunjung tinggi prinsip-prinsip syariat yang lima (al-maqasid al-syar’iyyah al-khamsah) yang mengutamakan prinsip pertama iaitu pemeliharaan agama mengatasi empat prinsip yang lain. Ulama tidaklah bersifat dokmatik dalam berhadapan dengan fahaman-fahaman seperti pluralisme agama. Kemajmukan agama bukan lah satu fenomena yang baru. Seawal zaman Nabi SAW lagi telah wujud dan sejak itu telah diletakkan fomula “kamu dengan agama kamu, aku dengan agama aku”. Firman Allah SWT dalam surah Ali-‘Imran ayat 19 bermaksud: “Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam”. Disamping itu, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hai Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 74 pada 25 hingga 27 Julai 2006 ketika memutuskan berkenaan pemikiran liberal yang mengandungi fahaman-fahaman menyeleweng telah menyenaraikan konsep pluralisme sebagai salah satu doktrin yang sesat lagi menyesatkan. Kesimpulannya, pluralisme agama merupakan fahaman yang jelas bertentangan dengan Islam. Islam adalah yang tertinggi, tiada agama setandingnya. Melalui konsep hirasat al-din wa ‘imrat al-dunya, maka pengharaman pemikiran, ideologi dan fahaman tertentu adalah satu cara yang digunakan oleh pemerintah demi menyekat jalan-jalan (sadd al-zari’ah) yang boleh merosakkan akidah dan pemikiran umat Islam. Nashrul Izwan bin Abdul Aziz Unit Media, PEMBINA UM. Comments are closed.
|
AuthorUnit Media Archives
May 2016
Categories
All
|