PEMBINA juga memberi aku ruang untuk aku paksa diri belajar design, sampai menangis tak cukup tidur, bersengkang mata buat poster, sampai tahap aku dah biasa dan mampu melakukannya.
satu pengalaman yang takkan aku lupa, aku dibwri amanah untuk kendali unit fotografi dan kewartawanan untuk program Festival Beliawanis Nasional. Berbaki seminggu assignment dan test yang berderet, aku cuba tunaikan dan rangka gerak kerja supaya lancar. Demam+assignment+test+program. Aku balun semua. Aku doa, moga Tuhan mudahkan usaha kecil aku berbakti dalam amal jamaie. Aku ambil peluang untuk berbakti. sewaktu program berlangsung, sepasukan "front liner" yang diletakkan di bahagian sisi dewan tidak lepas anak mata daripada memandang skrin laptop, update segala mutiara kata yang keluar dari mulut penceramah, ada sepasukan yang bertungkus lumus menangkap gambar keseluruhan dewan, gambar penceramah dengan 'angle' yang terbaik, ada yang edit gambar dan bermacam-macam lagi. Kami tak dibayar untuk berkerja bersama. kami datang dari pelbagai latar belakang dan tempat yang berbeza. Tapi dengan kesatuan fikrah yang jelas dari PEMBINA, aku dan sahabat sepasukan bersedia mencurahkan tenaga sehingga ke akhirnya. Aku bukan jenis suka bercakap di hadapan. Aku hanya bekerja di belakang tabir yang membolehkan ribuan manusia yang tidak hadir ke program itu, dapat pengisian yang disampaikan. Kelelahan itu manis. Kerna usaha dan keringat ini bukan sekadar demi dunia, tetapi kerana kemanisan ukhuwah dan persefahaman fikrah yang aku dapat bersama PEMBINA. Aku, si budak media. Akan terus bersama PEMBINA. PEMBINA. Meneraju Arus Mahasiswa #sayaDanPembina #SedekadPenuhTekad #MATK9 Comments are closed.
|
AuthorUnit Media Archives
May 2016
Categories
All
|