Sebab dia rajin sangat pergi usrah.
Harini pergi usrah. Minggu depan pegi usrah. Bulan depan pegi usrah. Memang setiap kali tanya, "nak pergi mana?" Jawapan dia nak pergi usrah. Sampai ke tahap tak perlu tanya. Tahu dah, mesti pergi usrah. Sampai la satu hari,"aku nak pergi usrah yang kau pergi tu. Nak tau, apa yang seronok sangat dengan usrah kau tu." Sebab, aku dah kenal usrah sejak Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5. 3 tahun pernah jadi naqibah. Tapi, serius tak faham, apa yang penting sangat dengan usrah ni. (masa tu memang jadi naqibah pun sebab terpaksa cikgu yang pilih, huhu) Subhanallah. Alhamdulillah. Usrah PEMBINA memang lain dari yang lain. Ianya buat aku sedar hidup bukan untuk diri sendiri. Baik bukan untuk diri sendiri. Dan aku mula belajar erti BERMANFAAT BAGI ORANG LAIN. Perubahan yang aku rasa paling ketara sampai sekarang ialah Suraya yang dulu senyap, sekarang dah banyak bercakap. Dan kini, 3 tahun berlalu, aku masih bersama PEMBINA. Dan inshaAllah akan terus bersama PEMBINA. Terus membina rijal2 Ummah amiin Siti Suraya Harun Ketua Beliawanis PEMBINA Universiti Malaya #AkuDanPEMBINA #SedekadPenuhTekad Comments are closed.
|
AuthorUnit Media Archives
May 2016
Categories
All
|