Menurut Nurul Jannah Mohd Asngari, program ini sangat bermanfaat untuk mahasiswa untuk mengubah cara fikir berdasarkan bukti dan fakta yang benar dan rasionalisasi dalam meneliti sesuatu isu yang terjadi.
“Mahasiswa seharusnya berfikir secara rasional dalam meneliti sesuatu isu tersebut berdasarkan hujah dan fakta yang jelas agar dapat menilai maklumat tersebut dengan minda yang terbuka dan berfikir jauh kehadapan dalam menyelesaikan sesuatu isu yang timbul,” ujarnya. “Sejajar dengan aspirasi PEMBINA yang digariskan iaitu semangat kebangsaan, saya merasakan bahawa kem ketahanan nasional ini memberi manfaat pada diri pimpinan pelajar PEMBINA UM dan juga bermanfaat utk semua mahasiswa dan mahasiswi kerana kita semua adalah pemimpin masa hadapan sama ada pemimpin negara, keluarga mahupun pemimpin diri sendiri,” kata Nurul Amalia Farzana Bakri. Harapan mereka semoga usaha baik Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM) untuk memberi pendedahan kepada barisan pimpinan pelajar di beberapa Institut Pengajian Tinggi di Malaysia ini berjaya menanamkan sifat patriosme dan cinta akan negara dalam kalangan belia kini agar persiapan rapi dapat dibuat dalam membentuk barisan kepimpinan muda mempertahankan keamanan negara. Saudari Nurul Jannah Mohd Asngari dan Nurul Amalia Farzana Bakri merupakan Ahli Majlis Tertinggi PEMBINA UM yang menyertai Kem Ketahanan Nasional anjuran Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Nurul Ain binti Abdullah Wartawan PEMBINA UM
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorUnit Media Archives
April 2018
Categories
All
|