Kualiti kepimpinan , disiplin, amanah dan kendiri dalam kalangan ahli tanzim merupakan harapan Yang Dipertua PEMBINA UM, saudara Sahlan bin Aji.
"Kita akan berusaha untuk menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman dan kerjasama erat sesama ahli PEMBINA UM. "Kita telah merancang strategi untuk bergerak lebih kompiten dalam melahirkan generasi mahasiswa yang aktif dan bermatlamat agar dapat menyumbang secara positif kemakmuran kampus,” ujarnya lagi. PEMBINA UM mensasarkan agar terus fokus pada usaha untuk menggarap mahasiswa melalui 5 pakej tajmik ala PEMBINA. "Kita akan lebih kehadapan dan lantang dalam menjuarai isu nasional terutama berkaitan jati diri melayu dan Islam,” menurut Ketua Beliawanis PEMBINA UM, Saudari Siti Suraya bt Harun. “PEMBINA UM akan terus memperkasa tarbiyah sebagai salah satu wadah pembentukan jati diri muslim dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya,” sambungnya lagi. Nurul Ain Abdullah, Wartawan PEMBINA UM
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorUnit Media Archives
April 2018
Categories
All
|