Presiden ISMA didakwa di bawah Akta Hasutan berikutan kenyataannya yang disiarkan dalam artikle yang disiarkan dalam laman www.ismaweb.net, sebelum ini.
Menurut Aiman lagi, tindakan yang dilakukan oleh Presiden ISMA adalah semata mahu mempertahankan hak orang Melayu Islam di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Oleh yang demikian, bagi menyatakan sokongan terhadap Presiden ISMA, PEMBINA giat dalam melakukan kajian berkaitan perlembagaan dan melaksanakan program yang berkaitan dengannya. “Bagi menunjukkan sokongan kepada ISMA, kami sebagai persatuan belia Islam sangat aktif dalam buat program berkaitan perlembagaan”, katanya lagi semasa berucap di program ToT Skuad Perlembagaan (SP2) anjuran BA Matafikir Resources dengan kerjasama GARAP, Jumaat lepas. Ujarnya, perkara ini penting bagi memastikan Perlembagaan Malaysia terus dipertahankan danAiman menyeru kepada peserta program untuk sama-sama dalam agenda pertahankan perlembagaan negara. “Kami sangat terbuka untuk kerjasama dalam agenda pertahankan Perlembagaan Malaysia”, ujarnya. Program yang turut dihadiri Muhammad Aidil Idham Sharom, Jawatankuasa Unit Kajian PEMBINA merangkap Pengerusi Cawangan PEMBINA Ipoh dan Nur Zalaikha Tusiran, Ketua Beliawanis PEMBINA Ipoh, membincangkan topik berkenaan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Nashrul Izwan bin Abdul Aziz Wartawan PEMBINA
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorUnit Media Archives
April 2018
Categories
All
|