“Penglibatan PEMBINA UM bukan sekadar berpartisipasi sahaja bahkan juga merupakan satu bentuk pendidikan yg baik dalam membentuk suasana persekitaran mahasiswa yang berketrampilan dengan akhlak, menjadi contoh ikutan yang baik serta meluaskan kefahaman dan penghayatan Islam dalam kehidupan seharian sebagai seorang mahasiswa,” katanya.
Beliau juga yakin Ahli Majlis Tertinggi yang akan dilantik mampu memimpin PEMBINA UM berdasarkan acuan agama, wahyu dan agenda yang diperjuangkan untuk memartabatkan Islam demi agama, bangsa dan tanah air tercinta. Setelah sesi pengundian dijalankan, Sahlan bin Aji dilantik menjadi Presiden PEMBINA UM manakala Amirul Eqhwan menyandang jawatan Timbalan Presiden. Siti Suraya Harun dipilih menjadi Timbalan Presiden 2 merangkap Ketua Beliawanis PEMBINA UM bagi semester dua sesi 2015/16. Nurul Ain binti Abdullah Unit Media PEMBINA UM
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorUnit Media Archives
April 2018
Categories
All
|