Nur Aisyah binti Rojulan selaku Penolong Ketua Pakej Tarbiah menekankan tentang kepentingan menutup aurat yang sempurna buat seluruh mahasiswi Universiti Malaya.
"Selaras dengan gagasan Aspirasi PEMBINA iaitu Islam yang Tulen, program ini sangat bermanfaat kepada seluruh mahasiswi Universiti Malaya untuk melahirkan kesedaran tentang kewajipan menutup aurat yang sempurna selaras dengan syariat Islam," katanya. "Diharapkan program seperti ini akan lebih mendapat perhatian dan lebih banyak galakan tentang kepentingan menutup aurat agar Islam lebih dihayati dalam kehidupan," ujarnya lagi. Program "Cover Your Aurat" ini disambut baik oleh seluruh mahasiswi Universiti Malaya. Sebanyak 300 pasang sarung tangan wanita berjaya diedarkan dalam masa 3 hari bagi memperluas kesedaran menutup aurat dengan sempurna dalam kalangan mahasiswi Islam Universiti Malaya. Nurul Ain binti Abdullah Wartawan PEMBINA UM
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorUnit Media Archives
April 2018
Categories
All
|