“Apa yang mereka inginkan ialah perubahan suasana masyarakat yang lebih baik dari pelbagai aspek terutamanya dari segi ekonomi negara.
“Namun politik machiavellisme telah membuat mahasiswa tidak yakin akan perubahan tersebut,” ujarnya. Beliau menegaskan bahawa sebahagian mahasiswa mengambil pendekatan yang salah dalam berpolitik. “Segelintir mahasiswa mengambil pendekatan radikal seperti revolusi, sosialisme, komunisme dan sebagainya. “Manakala sebilangan besar yang lain menjauhkan diri dengan politik yang menjadi golongan pasif akibat daripada kekeliruan yang melanda,” tambahnya. Beliau juga menyatakan solusi dalam masalah ini dengan mengambil pendekatan politik Islam berdasarkan Siyasah Syar’iyyah mengikut kerangka syarak. “Apa yang perlu disuntik kepada mahasiswa ialah pendekatan tasawwur politik Islam, yang bukan hanya menekankan aspek sistem, tetapi akhlak dan kerohanian. “Jika politik semasa mengamalkan sistem politik Islam bukan sahaja dapat memenuhi keperluan masyarakat, bahkan dapat mendidik mahasiswa sistem politik yang Rabbani berteraskan Syarak,” tegasnya. Nashrul Izwan bin Abdul Aziz wartawan PEMBINA
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorUnit Media Archives
April 2018
Categories
All
|